Jika kami mendapati Penyedia Perkhidmatan tidak bertindak dengan betul, kami akan mencadangkan apa yang patut dilakukan untuk membetulkan keadaan.
CFM akan menganalisis dan menyiasat aduan untuk menentukan sama ada GCC tidak dipatuhi.
Jika dalam proses menganalisis aduan kami mendapati bahawa aduan yang sama pernah diselesaikan dengan cara yang praktikal, kami akan mencadangkan penyelesaian yang praktikal kepada Penyedia Perkhidmatan dan mungkin termasuk tindak segera seperti:
- Beberapa tindakan yang praktikal
- Memberikan penjelasan
- Membetulkan segera punca masalah
Sebaik sahaja kami mengesahkan bahawa GCC tidak dipatuhi, kami akan menimbangkan faktor berikut untuk memutuskan tentang jenis tindakan yang diambil ke atas Penyedia Perkhidmatan:
- Betapa serius ketidakpatuhan tersebut
- Tingkah laku Penyedia Perkhidmatan pada masa lepas berkaitan pematuhan GCC
- Pernyataan yang dibuat oleh Penyedia Perkhidmatan berhubung dengan dakwaan melanggar Kod
CFM boleh mengeluarkan peringatan tentang pematuhan untuk memastikan pematuhan Penyedia Perkhidmatan, termasuk:
- Mengeluarkan notis peringatan
- Mengeluarkan notis amaran
Kami akan terus memantau status ketidakpatuhan hingga pembetulan dibuat dengan memuaskan.