Sungguhpun kami ingin memberikan bantuan sebanyak yang boleh, terdapat beberapa jenis aduan yang tidak boleh kami terima. Berikut adalah senarai jenis aduan yang tidak dapat kami bantu:
- Aduan mengenai Penyedia Perkhidmatan yang bukan dalam Industri Komunikasi dan Multimedia dan tidak tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA1998).
- Aduan yang kami rasa lebih baik ditimbangkan oleh Mahkamah, Perkhidmatan Penimbangtaraan atau Prosedur Aduan lain.
- Aduan yang sudah ditangani oleh Mahkamah atau Prosedur Aduan lain.
- Aduan tentang isu pekerjaan atau kakitangan.
- Aduan yang kami anggap berniat jahat atau tidak wajar.
- Percanggahan antara syarikat yang menyertai perkhidmatan kami.
- Aduan yang tidak disertakan dokumen sokongan sebagaimana yang diminta oleh Penyedia Perkhidmatan.