Anda boleh mengemukakan aduan anda kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), khususnya berkaitan syarikat yang memberikan perkhidmatan komunikasi kepada anda di Malaysia. Ini termasuk syarikat yang memberikan Perkhidmatan Mudah Alih, Internet, Televisyen dan Radio.
Kami adalah sebuah badan kawal selia kendiri dan bebas, yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaku pengawal selia Industri Komunikasi di Malaysia. Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada penyedia perkhidmatan anda. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan kami secara percuma.