Objektif dan fungsi CFM adalah seperti berikut:
- Untuk mempromosikan objektif dasar negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
- Untuk merangka, menggubal dan menyediakan Kod yang melindungi hak Pengguna menurut peruntukan AKM dan untuk meminda, menggubal, mengubahsuai dan mengemaskinikan Kod dari masa ke masa.
- Untuk melibatkan diri dan menjalankan penyelidikan mengenai perkara dalam bidang kuasa forum; untuk mengumpul, menyedia dan mengedarkan statistik yang boleh dianggap perlu atau memberi manfaat kepada kesemua atau mana-mana objektif atau tujuan forum.
- Untuk menyediakan jalan dan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan.
- Untuk mengesyorkan prosedur penyelesaian pertikaian alternatif yang praktikal dan tidak mahal.
- Untuk mengesyorkan prosedur menuntut pampasan dan / atau sebarang bentuk tindakan lain kepada Pengguna dalam kes melanggar Kod.
- Untuk meminta dan mengumpul semak pendapat dan pandangan umum tentang perkara berkaitan pengguna; untuk menanam dan meningkatkan kesedaran orang ramai dan industri terhadap Kod dan keperluan bagi pemegang lesen dan ahli CFM mematuhi Kod; dan untuk menyediakan saluran bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan juga pendidikan berkaitan hak pengguna, peraturan dan teknologi untuk Pengguna.
- Untuk mengambil tindakan ke atas ahli CFM yang melanggar Kod.
- Untuk memantau penyampaian perkhidmatan oleh industri komunikasi dan multimedia yang membabitkan kepentingan pengguna bagi memastikan pematuhan kepada Kod.
- Untuk meningkatkan keyakinan Pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia.
- Untuk mengemaskinikan maklumat yang diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) tentang kemajuan CFM.