Hak Anda sebagai Pengguna
Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada penyedia perkhidmatan anda. Semua Penyedia Perkhidmatan Komunikasi & Multimedia dikehendaki berurusan secara munasabah dengan pengguna dan menyelesaikan aduan pengguna menurut Kod Amalan Am Pengguna (GCC).
GCC adalah kod amalan kawal selia kendiri industri yang berdaftar dengan MCMC. GCC digubal oleh CFM untuk menggalakkan piawaian etika perniagaan dan tatalaku paling tinggi menerusi urus tadbir kendiri.
Hak Anda Untuk Menyelesaikan Aduan
Jika anda tidak mendapat perkhidmatan komunikasi yang memuaskan, anda hendaklah menangani rasa tidak puas hati anda dengan segera.
Anda BERHAK untuk menangani sebarang rasa tidak puas hati atau menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan Penyedia Perkhidmatan Talian Telefon Tetap, Telefon Mudah Alih, Internet, Televisyen, Radio dan Kandungan Mudah Alih.
Jika Penyedia Perkhidmatan anda tidak menyelesaikan aduan anda dengan memuaskan, anda boleh mendapatkan bantuan kami untuk mencari jalan PENYELESAIAN.