1.1 |
Forum Pengguna akan menyediakan laporan kemajuan dari masa ke masa untuk membantu dalam pemantauan dan penilaian berterusan Kod. Laporan kemajuan akan mencatatkan:
- perlanggaran Kod yang dikenal pasti seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (d) (bahagian mengenai Tindakan), dan tindakan pembetulan (atas dasar tanpa nama);
- keadaan di mana aduan ditolak seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 6B 6.4 (aduan pengguna) dan Bahagian 6, 6 C 6.6 (aduan industri), dan sebab bagi penolakan;
- program publisiti dan pendidikan;
- mengenal pasti aduan berulang seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (b) dan langkah yang diambil untuk mengatasinya;
- statistik mengenai aduan yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (c) dan penyelesaiannya, yang digariskan dengan butiran yang sewajarnya;
- aktiviti pemantauan Forum Pengguna yang dilaksanakan;
- langkah yang diambil oleh Pemberi Perkhidmatan dalam merangka sistem pemantauan dalaman;
- kos dan butiran lain mengenai pentadbiran kewangan;
- peningkatan berterusan dalam prinsip dan pentadbiran Kod; dan
- pembangunan teknologi yang dijangka memberi kesan terhadap prosedur operasi yang dirangkumi oleh Kod dan langkah yang disyorkan akan diambil oleh Forum Pengguna untuk menangani isu-isu tersebut.
|
|