CFM merangkumi ahli daripada kedua-dua belah pihak, iaitu pihak yang membekal (pemberi perkhidmatan) dan pihak yang meminta (persatuan pengguna, kumpulan yang mempunyai kepentingan khusus, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik) dalam industri komunikasi dan multimedia.
Ia mempunyai Majlis yang dilantik, meliputi 13 ahli, yang mewakili pihak yang meminta dan membekal perkhidmatan. Bagi menjamin kecekapan operasi, Majlis telah membentuk jawatankuasa kerja untuk meneliti pelbagai aspek operasi dan fungsi CFM seperti dalam mengendalikan aduan, merangka dan mematuhi Kod, meningkatkan kesedaran dan pendidikan pengguna dan sebagainya.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: