Pengguna boleh membuat aduan kepada kami menerusi 5 saluran yang kami sediakan. Sebaik-baiknya adalah membuat aduan melalui emel kepada kami: [email protected]
Sesuatu aduan diakui dibuat dari masa seseorang pengguna membangkitkan rasa tidak puas dengan Kualiti Perkhidmatan kepada Penyedia Perkhidmatan. Peranan CFM akan hanya dianggap wajar menurut apa yang digariskan dalam GCC.
Kami menilai semua aduan yang dikemukakan kepada kami berasaskan GCC. Kami hanya menerima aduan berkaitan perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia dan hanya mula campur tangan selepas Penyedia Perkhidmatan diberi peluang untuk menyelesaikan aduan.
Jika aduan boleh kami tangani dan tepat pada masa kami boleh campur tangan, kami akan memulakan proses penyiasatan.
Bagaimana kami mengendalikan aduan dan berapa lama masa yang kami ambil untuk mendapatkan penyelesaian bergantung pada sejauh mana rumitnya aduan dan secepat mana kami boleh mendapatkan semua fakta yang berkaitan.