1.0 |
Pemberi Perkhidmatan hendaklah menurut yang berikut untuk menjamin pematuhan kepada Kod dan Subkod :-
- Merangka dasar dan prosedur pematuhan yang sewajarnya.
- Memastikan bahawa dasar, prosedur dan Kod pematuhan dihebahkan kepada kakitangan Pemberi Perkhidmatan.
- Merangka prosedur atau program sewajarnya untuk mendidik kakitangan tentang Pematuhan Kod.
- Melaksanakan struktur pengurusan barisan untuk memantau pematuhan polisi, prosedur dan Kod.
- Menetapkan atau menubuhkan unit khusus untuk mengurus, menyelaras atau mengendalikan isu berkaitan dengan pematuhan kod.
- Bekerjasama dengan Forum Pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Kod.
- Di mana berkenaan, memastikan Kod diterbitkan kepada pihak ketiga yang berganding bahu dengan Pemberi Perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan ini.
|