- CFM akan membuat perakuan penerimaan dan mengeluarkan nombor rujukan fail dalam masa 1 hingga 3 hari kerja.
- CFM akan berusaha untuk menyelesaikan aduan yang anda kemukakan.
- Pegawai CFM yang bertanggungjawab akan membuat susulan dan memantau perkembangan kes anda hingga kes diselesaikan. Penyedia Perkhidmatan dikehendaki membuat perakuan dan memberikan cadangan yang dapat menyelesaikan aduan dalam masa 7 hari kerja.
- Kod Amalan Am Pengguna menetapkan bahawa 95% daripada aduan diselesaikan dalam jangka masa tidak melebihi 30 hari kerja dari tarikh semua maklumat atau dokumen sokongan yang berkaitan aduan dikemukakan sebagaimana yang diminta oleh Penyedia Perkhidmatan.
- Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak status aduan anda dengan melayari Portal Aduan.