MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI
Sebelum CFM boleh campur tangan dalam sesuatu aduan tentang Penyedia Perkhidmatan, Penyedia Perkhidmatan mesti diberi peluang untuk menyelesaikan pertikaian. Kami tidak boleh menerima dan memproses aduan yang belum melalui tahap pertama penyelesaian pertikaian dengan Penyedia Perkhidmatan. Penyedia Perkhidmatan mempunyai masa 30 hari bekerja untuk menyelesaikan pertikaian.
Penyedia Perkhidmatan mempunyai cara atau prosedur aduan mereka sendiri – Penyedia Perkhidmatan biasanya menerangkan kepada pengguna bagaimana untuk mengemukakan aduan di laman web mereka atau memberikan salinan bertulis yang menjelaskan tentang prosedur aduan mereka.
Pengguna perlu mengemukakan aduan kepada sesebuah syarikat dalam masa 12 bulan selepas menyedari tentang isu berkaitan. Penyedia Perkhidmatan mempunyai masa 30 hari bekerja, selepas tempoh ini aduan boleh dirujuk kepada CFM untuk mendapatkan penyelesaian atau penyiasatan.
Kami hanya boleh menimbangkan sesuatu aduan selepas Penyedia Perkhidmatan diberi peluang untuk menyelesaikannya.
KAMI BOLEH MENIMBANGKAN ADUAN JIKA
- 30 hari berkerja sudah berlalu dan adalah sukar untuk membuat aduan dengan syarikat, atau syarikat gagal menjawab dalam tempoh 30 hari berkerja, atau penyelesaian yang ditawarkan tidak sesuai.
- Penyedia Perkhidmatan telah menghantar jawapan muktamad bahawa pihaknya tidak lagi akan menimbangkan aduan. Sebagai contoh, surat yang dihantar menyatakan bahawa syarikat tidak boleh melakukan apa-apa lagi tentang masalah berkaitan dan itu adalah keputusan muktamad.
Pengguna patut mengemukakan aduan mereka kepada kami dengan secepat mungkin selepas 30 hari berkerja berlalu atau selepas mereka menerima jawapan muktamad daripada syarikat yang menyatakan pihaknya tidak akan menimbangkan aduan.
SIAPA YANG TERIKAT
Kami hanya boleh membantu menyelesaikan aduan membabitkan Penyedia Perkhidmatan yang memegang lesen daripada SKMM.
- Senarai Penyedia Perkhidmatan berlesen boleh didapati di sini.
- Senarai semua ahli Forum boleh didapati di sini.
CFM membantu menyelesaikan aduan daripada pengguna berhubung dengan Penyedia Perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan komunikasi kepada orang ramai. Ini termasuk Syarikat Perkhidmatan Mudah Alih, Internet, Televisyen dan Radio.
Kami adalah sebuah badan berkecuali. Ini bermakna kami tidak memihak kepada mana-mana pihak dan kami membuat keputusan kami berdasarkan fakta. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan kami secara percuma.
Kami mencarikan penyelesaian alternatif untuk anda di luar sistem mahkamah yang menelan kos tinggi. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kami selepas kami menimbangkan aduan anda, anda tetap berhak untuk meminta mahkamah menimbangkan aduan anda.