Kami bekerja dalam had masa yang dinyatakan didalam GCC. Jadi, adalah penting untuk kami mengetahui dengan secepat mungkin sama ada pengguna menerima atau menolak cadangan penyelesaian.
Jika penyelesaian nampak jelas dan mudah sebagaimana yang dicadangkan oleh Penyedia Perkhidmatan, kami akan pastikan sama ada pengguna bersedia untuk menerimanya.
Jika aduan adalah didalam bentuk yang memerlukan penyelesaian pertikaian, kami mungkin memutuskan bahawa penyiasatan perlu dijalankan. Kami akan meminta Penyedia Perkhidmatan memberikan segala maklumat yang berkaitan. Kami akan meneliti semua fakta dan menyediakan laporan bertulis yang memberikan pandangan kami mengenai aduan dan mencadangkan tindakan, jika ada, yang patut diambil.
Kami menyediakan laporan sama ini dalam Portal Aduan yang boleh dicapai oleh Pengadu dan Penyedia Perkhidmatan. Dalam kebanyakan aduan, kedua-dua pihak bersetuju dengan keputusan kami dan ini membolehkan proses ditamatkan. Kami seterusnya memastikan syarikat melaksanakan apa yang telah dipersetujui antara Pengadu dan Penyedia Perkhidmatan.
Jika Pengadu atau Penyedia Perkhidmatan mendapati ada kesilapan fakta yang ketara, atau terdapat bukti penting baru yang akan mempengaruhi penyelesaian yang dicadangkan, kami perlu diberitahu mengenainya secara bertulis. Kami kemudian akan menyemak semula kes dan membuat keputusan.
Jika Pengadu dan Penyedia Perkhidmatan kemudian bersetuju, kami akan menulis dan mengesahkan keputusan.
Jika di peringkat ini Pengadu atau Penyedia Perkhidmatan masih tidak puas hati dengan penyelesaian kami, mereka boleh menulis dan memberitahu kami sebabnya, dan kami akan menimbang dan mencadangkan proses selanjutnya yang sesuai kepada Pengadu.
Kami bekerja mengikut had masa yang ditetapkan dan kami berhasrat untuk menyelesaikan aduan dengan secepat mungkin. Adalah penting untuk kami mengetahui dengan secepat mungkin sama ada Pengadu dan Penyedia Perkhidmatan menerima atau menolak penyelesaian yang dicadangkan