Sebagai pengguna, anda boleh mendapat manfaat berikut apabila mendapatkan penyelesaian menerusi CFM:
- Hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah undang-undang.
- Anda menjimatkan kos guaman yang mahal yang sepatutnya dibayar sekiranya anda memilih untuk menyelesaikan aduan anda menerusi sistem mahkamah.
- Anda menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan aduan anda berbanding sistem mahkamah yang memakan masa.
- Kami menyediakan cara yang mudah untuk anda menguruskan aduan anda dalam talian.
- Anda boleh memasuki portal aduan dalam talian kami dan menyemak status aduan anda pada bila-bila masa sepanjang hari dengan sambungan internet.
- Kami menunjukkan kepada anda saluran maklumat dan bantuan yang betul dan sewajarnya sebagai usaha untuk membantu anda menjadi pengguna yang termaklum.