Menjadi Ahli CFM
CFM menyatukan pihak-pihak berkepentingan dalam industri Komunikasi & Multimedia Malaysia yang terdiri daripada wakil Pengguna dan Penyedia Perkhidmatan untuk bersama-sama menyuarakan pendapat yang membina, merapatkan jurang perbezaan dan mewujudkan garis panduan yang kukuh dalam usaha untuk memupuk perkembangan positif ke arah matlamat utama pengawalseliaan kendiri industri.
Sertai kami untuk mewujudkan jaringan yang bermanfaat di antara wakil penyedia perkhidmatan dan perwakilan pengguna yang disegani di dalam industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Dengan memberi impak yang kukuh di kalangan Penyedia Perkhidmatan dan Wakil Pengguna, CFM menjalankan projek-projek yang bermanfaat di bawah pembiayaan Geran Keahlian dan memberi sokongan kepada penambaikan dasar-dasar dalam memastikan masa depan industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang lebih baik.
Sertai kami sebagai ahli hari ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian CFM, hubungi kami di [email protected]
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN CFM ATAS TALIAN:
https://goo.gl/forms/6aD4iASAGBl4GUN43
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN CFM (PDF):
CFM-SMD-FORMS-SOP001-01-001 Borang Permohonan Keahlian CFM.pdf
KOD ETIKA KEAHLIAN
https://drive.google.com/file/d/1WjhLB0VpUvjooCcHOm6rVizqYkAg6-tA/view