CFM ditubuhkan pada bulan Februari 2001 sebagai sebuah persatuan yang mewakili semua pihak yang berkaitan, termasuk pihak yang terbabit dengan “bekalan dan permintaan” dalam industri komunikasi dan multimedia. CFM ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai Forum Komunikasi dan Multimedia pada 2002 untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut. Ini adalah selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) untuk memudahkan kawal selia kendiri industri.
Sebagai sebuah forum pengguna, CFM antara lain ditugaskan untuk menyediakan Kod pengguna yang akan digunakan sebagai garis panduan asas oleh pembekal perkhidmatan komunikasi dan multimedia dalam menyediakan perkhidmatan masing-masing. Kod Amalan Pengguna Am (KAPA) telah diterima oleh SKMM sebagai Kod industri pada 2002 bersama dengan Kod Akses Internet.
la dan mengemaskinikan KAPA setiap 3 tahun. Laporan tahunan juga boleh didapati mengenai aktiviti dan kemajuan CFM. Sila layari laman web [email protected] untuk muat turun atau membuat permintaan untuk mendapatkan salinan PDF.
Muat turn GCC 2022
Untuk memuat turun salinan terbaru laporan tahunan kami, sila klik di sini.
VISI
Menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran pengguna yang kondusif dalam industri Komunikasi & Multimedia (K&M)
MISI
Menjadi penyokong kepada kepenggunaan dan platform K&M untuk saling bertukar maklumat bagi manfaat pengguna dan industri K&M secara keseluruhan.
FOKUS STRATEGIK
- Memudahkan dan mempromosi amalan kawal selia kendiri kepada pengguna melalui penyebaran maklumat
- Mengukuhkan hubungan positif antara penyedia perkhidmatan dan pengguna
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membina keyakinan pengguna pada tahap tinggi terhadap kualiti pemberian perkhidmatan K&M
- Memupuk budaya saling menghormati di antara penyedia perkhidmatan dan pengguna dalam menghasilkan garis panduan dan kod etika melalui persefahaman/persetujuan bersama
Berikut adalah fungsi utama CFM:
Penggubalan Kod
Untuk merangka, membangun, menyediakan, meminda, mengubahsuai, mengkaji semula dan mengemas kini Kod
Undang-undang
Untuk menasihati Majlis mengenai keperluan undang-undang dan pertimbangan
Keahlian
Untuk mendapatkan dan mengemaskini keahlian CFM
Pendidikan dan Promosi
Untuk memaparkan objektif dan menyiarkan aktiviti CFM dan menyediakan saluran untuk penyebaran maklumat dan pengetahuan am tentang hak pengguna
Pengendalian Aduan
Untuk menyediakan saluran membuat aduan berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan pengguna. Untuk memberikan panduan bagi mengendalikan aduan dan rungutan dan untuk mencadangkan penyelesaian bagi aduan yang dibuat
Pematuhan dan Pemantauan
Untuk meningkatkan kefahaman Kod Pengguna Umum (GCC) di kalangan pembekal perkhidmatan, untuk menggalakkan penggunaan GCC dalam prosedur, pembekal perkhidmatan dan amalan dasar, untuk memastikan tahap pematuhan dengan GCC dan untuk menyediakan industry bagi pengawalan kendiri