Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan dan ditetapkan oleh pihak MCMC sebagai forum industri di bawah Seksyen 189, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998), yang berfungsi sebagai platform perlindungan pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia.
Instrumen utama yang digunakan oleh CFM bagi memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi adalah melalui Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC). Kod ini telah didaftarkan oleh pihak MCMC dan menjadi rujukan utama kepada penyedia perkhidmatan dalam penyampaian perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang berkualiti, telus dan beretika kepada pengguna.
Sehubungan dengan itu, Sub Kod Penamatan Perkhidmatan dibangunkan sebagai penambahbaikan kepada kerangka sedia ada, dengan menekankan keperluan penamatan perkhidmatan yang lebih jelas, teratur dan berasaskan prinsip keadilan serta perlindungan hak pengguna.
Tempoh konsultasi awam bagi Sub Kod Penamatan Perkhidmatan akan dilaksanakan bermula 12 Mei 2026 – 3 Jun 2026.
Proses konsultasi awam ini adalah penting bagi memastikan pandangan serta cadangan daripada orang awam dan industri diambil kira secara menyeluruh sebelum Sub Kod ini dimuktamadkan dan diserahkan kepada pihak MCMC untuk proses seterusnya.
Dokumen berkaitan konsultasi awam boleh dirujuk melalui:
• Draf Sub Kod Penamatan Perkhidmatan
Ahli masyarakat umum dan pihak berkepentingan boleh mengemukakan maklum balas mereka melalui pautan berikut atau melalui saluran berikut:
• E-mel: [email protected]
• Borang Maklum Balas Dalam Talian Versi Bahasa Inggeris: https://forms.office.com/r/9JpqVYGsAJ
• Borang Maklum Balas Dalam Talian Versi Bahasa Melayu: https://forms.office.com/r/XQjruL1z3r
Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai dalam usaha memperkukuh perlindungan hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.