Keperluan Opt-In di bawah Sub-Kod GCC

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah memperkenalkan Sub-Kod Amalan Am Pengguna mengenai Opt-In Requirements.

Sub-Kod ini bertujuan melindungi hak pengguna dengan memastikan penyedia perkhidmatan mendapatkan persetujuan yang jelas, dimaklumkan dan sukarela sebelum melanggan perkhidmatan seperti auto migration, perayauan (roaming), dan perkhidmatan nilai tambah.

Sub-Kod ini memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan yang lebih termaklum serta mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap langganan perkhidmatan telekomunikasi mereka.