PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
MAXIS
CELCOMDIGI
ASTRO
TIME DOTCOM
U MOBILE
ADVERTISING STANDARDS ADVISORY
MACFEA
MCCA
CFOS
MAILVAHANAM SUNDRAM
Pengarah Urusan, redContact Sdn Bhd
Mail adalah seorang profesional yang berdedikasi dengan latar belakang pendidikan yang berpelbagai seperti Pengajian Komputer, Pengajian Perniagaan, dan Pengurusan Sumber Manusia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai industri, mempamerkan visi strategik dan kecekapan operasi. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Perak untuk Pengurus Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Gangsa untuk Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Terbaik, yang menunjukkan kebolehan kepimpinan dan kepintaran pengurusan beliau.
Usaha beliau dalam perkembangan profesional jelas dapat dilihat melalui perolehan sijil-sijil yang merangkumi Kepimpinan dalam Perkhidmatan Pelanggan, Kepimpinan Pasukan Jualan dalam Krisis Global, Pemahaman Analisis Kewangan, Pengurusan Risiko Operasi, Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti, Perundingan Berkesan, Train-the-Trainer dan sebagainya. Dengan dedikasi yang teguh untuk memperjuangkan hak pengguna dan memupuk kecemerlangan korporat, Mail bersedia untuk memimpin CFM ke arah inovasi dan akauntabiliti.
ZOLKIFLEE MD SALLEH
Pengerusi Persatuan Kebajikan Pengguna Melaka (PKPM)
Zolkiflee berpengalaman luas sebagai jurulatih IT di Pusat Pendidikan Sistem dan Jurulatih Pengurusan Projek MS untuk Shell Sarawak, Pihak Berkuasa Pelabuhan Sibu, Asian Bintulu Fertilizer, Hitachi Singapura, dan Pihak Berkuasa Kerajaan Brunei. Beliau juga berkhidmat sebagai pembantu setiausaha PERKIM Bahagian Negeri Melaka, serta Pengerusi Tetap bagi PERKIM Cawangan Klebang Besar. Zolkiflee berpendidikan Diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Kepimpinan daripada Universiti Utara Malaysia.
YAP YOKE HAR
Penasihat Undang-Undang Malaysia Mobile Technology Association
Yap Yoke Har berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang untuk Malaysia Mobile Technology Association (MMTA) dan beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam jurusan Undang-Undang Telekomunikasi dan Penyiaran (LLM). Beliau merupakan pakar dalam sektor telekomunikasi dengan pengalaman lebih 23 tahun. Beliau sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Wilayah untuk Perhubungan Operator di Gemalto dan kini mengendalikan firma guamannya sendiri, khas dalam teknologi, Fintech, dan undang-undang teknologi.
AZIZAN AFANDI
TM Technology Sdn Bhd
Azizan Afandi berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti of Salford. Beliau memiliki pengalaman lebih 24 tahun di dalam bidang telekomunikasi dan advokasi pengguna. Selain itu, beliau juga berpengalaman luas dalam pembangunan dasar, pengurusan pematuhan, perlindungan pengguna, dan keselamatan.
MAHFUZAH AZAHARI
Eksekutif Kanan Pengawalseliaan Maxis
Mahfuzah Azahari mempunyai 22 tahun pengalaman dalam pematuhan peraturan industri bukan sahaja dalam isu pengguna dan kualiti perkhidmatan tetapi juga dalam bidang lain seperti Pelesenan, USP, Akses, dan pengurusan pihak berkepentingan. Terdahulu, beliau mempunyai lima (5) tahun pengalaman dalam perundingan pengurusan. Beliau telah membina pemahaman yang luas tentang proses dan dinamik dasar yang mempengaruhi perniagaan syarikat, pelanggan dan rakan kongsi. Ini telah membolehkan beliau membina kebolehan yang kukuh dalam hal-hal peraturan, perniagaan dan operasi serta membuat keputusan yang baik mengenai isu-isu pengguna yang kompleks.
Mahfuzah merupakan bekas pengerusi CFM bagi penggal 2011-2013. Dari 2014 hingga 2024, beliau terus berkhidmat di CFM dalam pelbagai peranan seperti Pemegang Jawatan (Setiausaha dan Bendahari) serta Ahli Majlis. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
HASAN ABDUL RAHIM
Pegawai Kanan Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Tindakan Khas, CelcomDigi
Hasan adalah Pegawai Kanan Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Tindakan Khas di CelcomDigi Berhad. Beliau mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan pengguna. Beliau pernah berkhidmat di TIME dotCom sebelum menyertai CelcomDigi. Hasan berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau merangkul dua (2) anugerah iaitu Axiata Champion Award dan Best Complaint Award oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2018.
WAN SHAZRUN HIJAZ
Penolong Naib Presiden, Hal Ehwal Kawal Selia & Korporat Astro
Wan Shazrun Hijaz berpengalaman lebih 19 tahun dalam bidangan kawal selia merangkumi industri kesihatan, perbankan dan penyiaran. Beliau pernah berkhidmat di Maybank dan Prince Court Medical Centre) sebelum menyertai Astro. Wan Shazrun berkelulusan daripada Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Beliau menyertai Astro pada Oktober 2007 dan dilantik sebagai Penolong Naib Presiden, Hal Ehwal Kawal Selia & Korporat pada April 2019.
MAZLAN ABDUL RAZAK
Ketua Hal Ehwal Kawalselia, TIME dotcom Berhad
Mohd Mazlan Abd Razak merupakan Ketua Hal Ehwal Kawalselia di TIME dotCom Berhad. Beliau mempunyai lebih 26 tahun pengalaman bekerja di dalam sektor telekomunikasi dan bidang IT. Beliau pernah berkhidmat dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) daripada Azman Hashim International Business School (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya. Mazlan juga turut memegang jawatan Pengarah di Malaysian Technology Standards Forum Berhad (MTSFB).
NUR AQILLAH MOHD SABRI
Eksekutif Kanan, Pakar Kawal Selia U Mobile
Nur Aqillah berpengalaman sebagai pakar pengawalseliaan di sebuah penyedia perkhidmatan terkemuka, U Mobile selama 6 tahun. Pencapaian utama daripada pengalaman kerjanya adalah termasuk menjalankan audit, berhubung dengan agensi penguatkuasaan dan komited untuk menyokong pematuhan dan perlindungan pengguna dalam syarikat.
MOHAMED KADRI MOHAMED TAIB
Timbalan Pengerusi Advertising Standards Advisory Malaysia
Mohamed Kadri merupakan Penasihat Kanan Coca-Cola Far East Limited- Malaysia. Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Lembaga Penasihat Standard Iklan di Malaysia. Kadri mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam pelbagai bidang termasuk komunikasi pemasaran, komunikasi strategik, pengurusan isu-isu dan hal ehwal awam.
PROF MADYA DR.ELISTINA ABU BAKAR
Ahli Exco, Persatuan Ekonomi Keluarga dan Pengguna Malaysia (MACFEA)
Prof Madya Dr. Elistina merupakan Ahli Exco MACFEA. Beliau berpengalaman selama 20 tahun dalam pendidikan dan penyelidikan, terutamanya dalam bidang undang-undang pengguna. Beliau juga adalah pensyarah di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
MOHAMAD SIRAJUDDIN JALIL
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia
Sirajuddin merupakan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA). Beliau berpengalaman luas dalam hal-hal pembangunan belia, perlindungan pengguna siber, dan pengurusan acara. Beliau juga menjadi panelis dan penceramah dalam pelbagai platform dan program termasuk agensi kerajaan, stesen televisyen, universiti tempatan, NGO, dan lain-lain, menangani isu-isu seperti blockchain, keselamatan siber, dan sebagainya.
NORDIN THANI
Presiden Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS)
Nordin Thani adalah Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) yang mana beliau memperjuangkan hak-hak pengguna di Malaysia khususnya di Sabah lebih 21 tahun. Beliau berpengalaman luas dalam industri penyiaran dan telekomunikasi. Beliau memiliki sijil Sarjana dalam jurusan tenaga boleh diperbaharui dan mampan. Nordin kini sedang melanjutkan pengajian beliau dalam PhD bertumpu kepada kajian kepenggunaan dan tenaga boleh diperbaharui. Beliau merupakan penerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) dan Ahli Darjah Kinabalu (ADK).