CYBERJAYA, 31 JULAI 2019 – Menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengumumkan jumlah aduan yang dilaporkan pengguna bagi setengah tahun pertama (H1 2019) iaitu dari bulan Januari sehingga Jun pada tahun ini adalah sebanyak 4,635 aduan berbanding H1 2018 iaitu sebanyak 1,770 aduan diterima.
Daripada 4,635 aduan, 97% aduan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari setakat 5 Julai 2019, seperti yang telah ditetapkan di dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).
Mengikut rekod CFM, masalah Rangkaian seperti Gangguan Perkhidmatan menjadi antara aduan tertinggi dilaporkan pengguna kepada CFM. Kemudian diikuti dengan kategori lain iaitu Bil dan Caj, Pemberian Perkhidmatan, Kemudahalihan Nombor (MNP), Perkhidmatan SMS, Amalan Tidak Adil, Salah Nyata Perkhidmatan, Harga, dan Pertikaian Terma & Syarat.
“Masalah rangkaian yang diterima CFM daripada pengguna merekodkan sebanyak 1,938 aduan daripada jumlah aduan keseluruhan bagi H1 2019. Antara isu mengenai masalah rangkaian yang kerap dilaporkan ialah gangguan perkhidmatan dan perkhidmatan tidak dapat digunakan, liputan 4G/LTE yang tidak memuaskan, tiada liputan 4G/LTE dan tiada liputan jalur lebar berkelajuan tinggi,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff yang mempengerusikan AGM CFM ke-18 di Auditorium MCMC, Cyberjaya hari ini.
Selain itu, antara isu terbaharu yang menjadi perhatian CFM pada tahun ini ialah mengenai isu Pengebilan Langsung (Direct Carrier Billing) iaitu kemudahan pembayaran secara digital untuk sebarang pembelian di Google Play Store atau Apple App Store menerusi bil telefon bulanan atau kredit prabayar.
Tambah Mohamad Yusrizal, “Melalui pembangunan teknologi digital dalam sistem pembayaran dan penggunaan meluas e-Dompet pada hari ini, lebih ramai pengguna memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Berikutan perkara itu, CFM telah menerima beberapa aduan mengenai isu pembayaran melalui bil telefon mudah alih. Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati apabila membuat sebarang pembelian menggunakan peranti mudah alih.”
CFM menasihatkan pengguna agar mengikuti langkah pencegahan seperti berikut:
Untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal CFM:
H1 2019 (Jan-Jun) | H1 2018 (Jan- Jun) | |
Jumlah aduan diterima CFM mengikut Setengah Tahun Pertama (H1) | 4,635 | 1,770 |
- Sentiasa semak dan pantau butiran bil telefon
- Jangan simpan kaedah bayaran di dalam peranti anda seperti butiran kad kredit, kad debit, nombor telefon, dan e-Dompet. Hanya masukkan pembayaran bila perlu.
- Jangan kongsi sebarang nombor TAC atau PIN kepada mana-mana pihak.
- Jangan beri kebenaran kepada sebarang transaksi yang tidak diketahui.
- Jangan kongsi data peribadi anda kepada pihak lain.
The new appointed CFM Council Members at CFM’s 18th Annual General Meeting was held at the MCMC Auditorium, Cyberjaya today. (Front row – from left: CFM Secretary – Azlinda Zainal Abidin (ASTRO), CFM Chairperson – Datin Mohana Mohariff (TM), CFM Deputy Chairperson – Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff (CAKE), CFM Treasurer – Abdul Rahman Samad (KPM). |
ORGANISASI | JAWATAN | NAMA |
1- TELEKOM MALAYSIA BERHAD (TM) | PENGERUSI | DATIN MOHANA MOHARIFF |
2- PERSATUAN PENGGUNA KEDAH (CAKE) | TIMBALAN PENGERUSI | MOHAMAD YUSRIZAL DATO’ YUSOFF |
3- ASTRO | SETIAUSAHA | AZLINDA ZAINAL ABIDIN |
4- PERTUBUHAN PEMBIMBING KEWANGAN PENGGUNA & KEUARGA MALAYSIA (KPM) | BENDAHARI | ABDUL RAHMAN SAMAD |
- PEKOMA – PERSATUAN PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MEDIA MALAYSIA
- MACFEA – PERSATUAN EKONOMI PENGGUNA & KELUARGA MALAYSIA
- PKPM – PERSATUAN KEBAJIKAN PENGGUNA MELAKA
- CAM – CONSUMER’S ASSOCIATION OF MIRI
- MMCP – MALAYSIAN MOBILE CONTENT PROVIDERS ASSOCIATION
- CELCOM
- YTL
- TV3
- ALTEL
PORTAL ADUAN | https://aduan.skmm.gov.my (sistem bersepadu bersama SKMM) |
APLIKASI MUDAH ALIH | Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store dan App Store |
PEJABAT | CFM Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor |
PORTAL CFM | www.cfm.my www.consumerinfo.my |