Adakah anda mengalami isu muat turun yang agak lama di laman media sosial atau ketika melayari internet di pelayar sesawang (browser)? Mungkin tips ini dapat membantu meningkatkan kelajuan Internet pada telefon mudah alih anda.

Tips 1Bersihkan(clear) ‘cache’ pada aplikasi (Apps)

Bersihkan (clear) ‘cache’ pada aplikasi yang ada pada telefon mudah alih anda terutama sekali aplikasi yang menggunakan internet.

‘Cache’ yang terkumpul akan memberi kesan kepada prestasi kelajuan internet.

*Pada Android : Settings > Apps > pilih aplikasi yang kerap digunakan > Paparan App info > Storage > Cache > Clear Cache

*Pada iPhone : Tidak semua aplikasi menyediakan kemudahan ‘clear cache’ di iPhone ‘settings’. Bagi aplikasi yang tidak menyediakan ‘clear cache’, boleh cuba dengan ‘delete’ & ‘install’ semula aplikasi tersebut.

Tips 2- Beri ‘masa rehat’ untuk telefon mudah alih anda dengan ‘turn off’ dan ‘restart’.

Ini adalah salah satu cara yang bagus untuk ‘clear’ kan memori dan memberi ‘nafas’ baru untuk aplikasi yang penting berjalan dengan lancar.

Tips 3- Buang ‘widget’ dan aplikasi yang tidak digunakan

Apa itu ‘widget’? ‘Widget’ adalah paparan seperti jam, kalender, Google search, ramalan cuaca dan sebagainya yang muncul pada ‘home screen’ / paparan utama handphone anda.

Tahukah anda ‘widget’ tersebut mempengaruhi kelajuan internet pada telefon mudah alih anda?

Terutama sekali ‘widget’ yang memerlukan sambungan internet. Contohnya ‘widget’ ramalan cuaca, ‘widget google news’. Oleh itu, bersihkan ‘widget’ tersebut. Simpan ‘widget’ yang perlu sahaja & buang ‘widget’ yang tidak digunakan pada ‘home screen’.

*Nota: Ada sesetengah ‘widget’ tidak dapat dibuang, namun anda boleh ‘disable’ penggunaan ‘mobile data’ pada ‘settings’.

Tips 4 – Tutup operasi ‘Background’ bagi aplikasi yang tidak digunakan

Apabila anda membuka sesuatu aplikasi contohnya ‘youtube’ kemudian membuka lagi aplikasi lain seperti ‘facebook’, aplikasi terdahulu yang anda buka akan terus beroperasi di ‘background’.

Ini akan ‘memakan’ RAM anda dan mengurangkan kelajuan internet telefon mudah alih anda.

Sentiasa amalkan ‘tutup’ mana-mana aplikasi selepas tidak menggunakannya lagi. ‘Speed’ kelajuan pada telefon mudah alih dapat ditingkatkan, data pun dapat dijimatkan 🙂

Image/Tips 5- Guna aplikasi pelaju internet

Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dicipta khas untuk meningkatkan kelajuan internet pada telefon mudah alih anda?

Anda boleh mencuba aplikasi ini : Internet Speed Master , Internet Booster & Optimizer

Selepas ‘install’, cuba buka semula pelayar internet anda untuk lihat jika terdapat sebarang perubahan. Tidak salah untuk mencuba bukan? 🙂

Untuk menguji kelajuan internet pada telefon mudah alih anda dengan cara yang betul, boleh lihat caranya di sini-> http://www.consumerinfo.my/broadband-mobile-speed/

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda.

‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~ consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) ~