PENGARAH EKSEKUTIF

khaneeza binti khalid

Pengarah Eksekutif

Khaneeza Khalid, ialah Pengarah Kanan MCMC yang dipinjamkan ke CFM pada 15 November 2023 sebagai Pengarah Eksekutif. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di MCMC untuk mengetuai beberapa fungsi utama seperti  pembangunan dan pengurusan modal insan dan pengoptimuman organisasi. Tugasan terakhir beliau di MCMC adalah sebagai Ketua Bahagian Akademi MCMC dimana beliau terlibat dalam program kerjasama Latihan dan Pembangunan Industri bersama Institusi Pengajian Tinggi dan badan Kerajaan.  Beliau juga bertanggungjawab  memastikan pemberian Geran Penyelidikan Masyarakat Digital (DSRG) oleh MCMC.

Secara umumnya, Khaneeza mempunyai pengalaman bekerja selama 34 tahun bermula sebagai Jurutera di sektor pembuatan dan kemudian beralih ke sektor telekomunikasi.  Sebelum menyertai MCMC beliau telah berkhidmat selama 20 tahun di Telekom Malaysia dalam lapangan pengajian pengisian tenaga kerja, pembangunan organisasi, pengurusan kualiti, pengurusan projek dan pembangunan bakat.  Dalam tempoh tersebut beliau turut dipinjamkan ke Axiata Group Berhad bagi tugasan pasca projek penggabungan dan pengambilalihan syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Bangladesh dan Kemboja. Jawatan akhir beliau di Telekom Malaysia ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Multimedia Telekom.  

Khaneeza memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Industri (cum laude), dari Bradley University, Illinois, USA dan Sarjana Sains Peningkatan Kualiti dan Produktiviti dari Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau juga telah berjaya menamatkan program Pembangunan Kepimpinan dalam Transformasi Digital pada tahun 2024 dari Imperial College Business School, London.