Saluran Aduan

Talian MCMC Consumer Care Center: 1800-188-030

Kemukakan aduan anda kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang berkaitan dengan:-

  • Bil & Caj​ 
  • Salah Nyata Perkhidmatan 
  • Amalan Tidak Adil
  • Pertikaian Terma & Syarat​ 
  • Penyediaan Perkhidmatan 
  • Harga Pelan atau Pakej
  • Pampasan

Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada penyedia perkhidmatan anda. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan kami secara percuma.

Anda boleh mendapat manfaat berikut apabila mendapatkan penyelesaian aduan menerusi CFM:

  • Hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah undang-undang.
  • Anda menjimatkan kos guaman yang mahal yang sepatutnya dibayar sekiranya memilih untuk menyelesaikan aduan menerusi sistem mahkamah.
  • Anda menjimatkan masa untuk menyelesaikan aduan.
  • Kami menyediakan cara yang mudah untuk anda menguruskan aduan anda dalam talian.
  • Anda boleh memasuki portal aduan dalam talian kami dan menyemak status aduan anda pada bila-bila masa sepanjang hari dengan sambungan internet.
  • Kami menunjukkan kepada anda saluran maklumat dan bantuan yang betul dan sewajarnya sebagai usaha untuk membantu anda menjadi pengguna yang termaklum.