KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2016 – CFM memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya iaitu MY Mobile Rights (MMR) bagi mengutamakan hak pengguna. Berikutan peningkatan jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia, aplikasi mudah alih tersebut dibangunkan dengan objektif untuk memudahkan interaksi bersama pengguna dan menggalakkan amalan kawal selia kendiri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Jailani Johari melancarkan aplikasi mudah alih pertama CFM, MY Mobile Rights (MMR) di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun oleh pengguna di Google Play Store dan Apple App Store.
“MMR merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menjadi saluran tambahan penting kepada pengguna untuk melaporkan aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka. MMR memudahkan proses penyampaian aduan kerana ia menyediakan ciri-ciri mesra pengguna dan mudah dicapai oleh setiap pengguna telefon pintar,” kata Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid.
Dengan pelbagai kemudahan yang terdapat pada MMR menjadikan ia sebuah aplikasi yang mesti dimuat turun dan boleh digunapakai oleh pengguna di Malaysia. MMR adalah aplikasi PERTAMA di Malaysia yang menghimpunkan semua penyedia perkhidmatan dalam negara dalam satu platform untuk pengguna melaporkan aduan terus kepada penyedia perkhidmatan masing-masing. MMR menjadi pusat aduan telekomunikasi sehenti yang dibangunkan khas buat pengguna di Malaysia untuk memudahkan pengurusan aduan di antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.
Pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan dengan empat (4) ciri yang disediakan, namun penyerahan aduan adalah elemen utama dalam MMR.
- Penyerahan Aduan
- Lokasi Penyedia Perkhidmatan
- Tip dan Panduan
- Pelan Pilihan
Melalui aplikasi MMR, aduan yang dilaporkan oleh pengguna akan terus dikemukakan kepada Penyedia Perkhidmatan dan CFM. Penyedia Perkhidmatan perlu memberi maklum balas kepada aduan pengguna dalam masa tiga (3) hari bekerja. Pada masa yang sama, pengguna juga akan menerima notis melalui emel dan satu salinan penyata aduan selepas mereka melengkapkan proses penyerahan aduan melalui aplikasi tersebut.
“MY Mobile Rights adalah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Memperkasakan Pengguna 2014 – 2016 (CEP) oleh MCMC bertujuan untuk memperkasakan pengguna melalui pelaksanaan inovatif untuk menggalakkan budaya kawal selia kendiri. Inisiatif ini telah dirancang sebagai satu langkah kawal selia berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pengurusan aduan dan isu-isu kritikal daripada pengguna termasuk cabaran-cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari.
Sehingga Mac 2016, CFM menerima sebanyak 1,634 aduan mengenai pelbai isu yang telah memberi kesan kepada pengguna. Aduan mengenai Bil dan Caj merupakan kategori aduan yang paling tinggi bagi suku pertama tahun ini yang merekodkan sebanyak 591 aduan.
ADUAN | BIL DAN CAJ | KUALITI PERKHIDMATAN | KUALITI LIPUTAN | SMS | PROMOSI MENGELIRUKAN |
JUMLAH | 591 | 559 | 126 | 116 | 51 |
MMR adalah usaha berterusan CFM dan adalah kesinambungan daripada pembangunan portal ConsumerInfo (www.consumerinfo.my) yang memberi penekanan pada beberapa inisiatif untuk mengukuhkan lagi portal sedia ada selain untuk memperkasakan pengguna komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Bersempena dengan pelancaran MY Mobile Rights (MMR) pada hari ini, CFM mengambil peluang untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan rakan-rakan industri Komunikasi dan Multimedia termasuk pengguna dengan menganjurkan tayangan perdana filem Captain America: Civil War di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.
-TAMAT-
Nota kepada Editor
MY MOBILE RIGHTS (MMR) boleh dimuat turun di:
ANDROID: http://bit.ly/1YPLIyw
Mengenai CFM
CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.
CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003. CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian berkualiti serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap penyelesaian aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:
Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan aduan dengan melayari portal aduan CFM, www.complaint.cfm.org.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-18-2222. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web CFM di www.cfm.my atau emel kepada [email protected]
Pegawai Perhubungan Media:
Noor Shahdiella Abd Manan[email protected] 019-3246036
Roharrashidah Abdul Halil[email protected] 016-9642972
Razaleigh Zain[email protected] 019-4170766