Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) sedang mencari bakat kreatif untuk menghasilkan video korporat yang berkualiti tinggi dan inovatif. Jika anda memiliki kepakaran dalam penghasilan video profesional, ini adalah peluang untuk anda!

Sila kemukakan sebut harga/proposal anda sebelum atau pada 21 Mac 2025 dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1) MUAT TURUN maklumat penuh Permintaan Sebut Harga (RFQ) di pautan ini (Video Korporat_RFQ) ATAU IMBAS kod QR yang tertera dalam poster untuk akses segera.
2) HANTAR sebut harga/proposal anda ke [email protected] sebelum tarikh akhir penyerahan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mempamerkan kreativiti anda!