Menerima Cadangan Penyelesaian CFM

Pengguna mempunyai masa 30 hari kerja dalam tempoh kitaran perantaraan penyelesaian CFM – Portal Aduan untuk menerima keputusan muktamad. Jika pengguna menerima cadangan penyelesaian CFM, Penyedia Perkhidmatan akan mengemukakan sebarang cara yang dipersetujui oleh Pengadu dan Penyedia Perkhidmatan. Keputusan CFM hanyalah berbentuk cadangan kerana dalam proses perantaraan, CFM hanya bertindak sebagai penilai/pemudah cara, jadi keputusannya…

Membetulkan Keadaan

Jika kami mendapati Penyedia Perkhidmatan tidak bertindak dengan betul, kami akan mencadangkan apa yang patut dilakukan untuk membetulkan keadaan. CFM akan menganalisis dan menyiasat aduan untuk menentukan sama ada GCC tidak dipatuhi. Jika dalam proses menganalisis aduan kami mendapati bahawa aduan yang sama pernah diselesaikan dengan cara yang praktikal, kami akan mencadangkan penyelesaian yang praktikal…

Penyelesaian Yang Sesuai Dan Tepat Pada Masanya

Kami bekerja dalam had masa yang dinyatakan didalam GCC.  Jadi, adalah penting untuk kami mengetahui dengan secepat mungkin sama ada pengguna menerima atau menolak cadangan penyelesaian. Jika penyelesaian nampak jelas dan mudah sebagaimana yang dicadangkan oleh Penyedia Perkhidmatan, kami akan pastikan sama ada pengguna bersedia untuk menerimanya. Jika aduan adalah didalam bentuk yang memerlukan penyelesaian…

Aduan Yang Kami Tangani

Sungguhpun kami ingin memberikan bantuan sebanyak yang boleh, terdapat beberapa jenis aduan yang tidak boleh kami terima.  Berikut adalah senarai jenis aduan yang tidak dapat kami bantu: Aduan mengenai Penyedia Perkhidmatan yang bukan dalam Industri Komunikasi dan Multimedia dan tidak tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA1998). Aduan yang kami rasa lebih baik ditimbangkan…

Bagaimana Kami Mengendalikan Aduan?

Pengguna boleh membuat aduan kepada kami menerusi 5 saluran yang kami sediakan.  Sebaik-baiknya adalah membuat aduan melalui emel kepada kami: aduan@cfm.org.my Sesuatu aduan diakui dibuat dari masa seseorang pengguna membangkitkan rasa tidak puas dengan Kualiti Perkhidmatan kepada Penyedia Perkhidmatan.  Peranan CFM akan hanya dianggap wajar menurut apa yang digariskan dalam GCC. Kami menilai semua aduan…

Apa Yang Berlaku Selepas Saya Membuat Aduan?

CFM akan membuat perakuan penerimaan dan mengeluarkan nombor rujukan fail dalam masa 1 hingga 3 hari kerja. CFM akan berusaha untuk menyelesaikan aduan yang anda kemukakan. Pegawai CFM yang bertanggungjawab akan membuat susulan dan memantau perkembangan kes anda hingga kes diselesaikan.  Penyedia Perkhidmatan dikehendaki membuat perakuan dan memberikan cadangan yang dapat menyelesaikan aduan dalam masa…

Kitaran Aduan

Sebagai panduan, anda dinasihatkan supaya merujuk aduan kepada Penyedia  Perkhidmatan anda terlebih dahulu, kemudian dipanjangkan kepada CFM jika anda masih tidak puas hati dengan penyelesaiannya.

Berikut adalah kitaran aduan dan saluran yang anda boleh gunakan untuk menghubungi kami:

Bagaimana Untuk Membuat Aduan?

Untuk membuat aduan baru, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah seperti di bawah: https://aduan.skmm.gov.my/Manual/MCMC_User_Guide.pdf Jenis Aduan Terdapat dua jenis aduan. Aduan yang telah diajukan kepada Penyedia Perkhidmatan Aduan Baru.   Aduan yang telah diajukan kepada Penyedia Perkhidmatan Jika aduan telahpun diajukan kepada Penyedia Perkhidmatan, pengguna boleh klik pada butang “YA” dan medan berikut akan muncul Penyedia Perkhidmatan…

Bagaimana Untuk Membuat Aduan

Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan kami, syarikat yang anda adukan mesti terlebih dahulu diberi peluang untuk menyelesaikan pertikaian. Anda juga boleh menggunakan pelbagai saluran untuk mengemukakan aduan anda kepada kami: Emel kepada :         Emel : aduan@cfm.org.my Aplikasi Mudah Alih Muat turun aplikasi “My Mobile Rights” di Google Play atau App Store Buat aduan terus kepada Portal…